Terjemahan

Ahad, 28 Februari 2016

APA ALAT PENTING UNTUK MEMBENTUK HIASAN?

Hujung-hujung minggu ini bolehlah kita belajar sikit tentang trik hendak mencantikkan hidangan makanan anda. Kali ini anda akan didedahkan kepada alatan untuk membantu penghasilan hiasan. Cef profesional pun menggunakannya, bukan cukup menyusun makanan mengikut kreativiti semata.  Jika anda ada alatan ini saya yakin persembahan makanan anda akan lebih bergaya.*APA ALAT PENTING UNTUK MEMBENTUK HIASAN?




Tembikai kuning dibulat-bulat dengan mudah menggunakan Mellon Baller ini.
1. Mellon Baller atau Pembulat Buah

Guna alat ini ialah sebagai skop untuk membentuk isi buah seperti tembikai, epal, buah naga menjadi bentuk bulat yang serupa. Mana satu yang patut anda beli? Sebaiknya anda beli yang kecil lubangnya supaya buah itu tidak terlekat bila di skop.

Sabtu, 27 Februari 2016

BAGAIMANA RUPA PAYUDARA PALSU PESAKIT KANSER?

Cerita tentang kanser payu dara bukanlah asing kepada kita. Bahkan hari-hari kita didatangi khabar tentang seseorang disahkan menghidap sakit kronik nombor satu di kalangan wanita ini. Namun bagi kita selagi kita atau orang terhampir dengan kita tidak mengalaminya kita tidak akan mampu membayangkan dengan jelas apa kehidupan yang dilalui oleh pesakit-pesakit ini.*BAGAIMANA RUPA PAYUDARA PALSU PESAKIT KANSER?


Contoh payu dara palsu yang selama ini tidak ramai tahu rupanya.

Salah satunya ialah mengenai payu dara mereka yang telah menjalani operasi pembuangan yang disebut 'mastectomy'. Ia suatu mimpi ngeri kerana kehilangannya membawa sama kewanitaan asli yang amat berharga itu. KLIK 

RAHSIA AMAL REBUSAN EPAL & SERAI KAK SRI CERGAS DI USIA 65


Secara kebetulan semalam saya berkenalan dengan Kak Sri (Sri Hanim), di restoran bersebelahan Kedai Promosi Jepun, yang hangat di kawasan perumahan saya sekarang. RAHSIA AMAL REBUSAN EPAL & SERAI KAK SRI CERGAS DI USIA 65. 
Mulanya sekadar menyapa akhirnya saya berpindah duduk semeja dengannya. Sambil menanti makanan tiba kami berborak-borak kosong. Rupa-rupanya dia bukan orang setaman. "Saya dari Cheras, hari-hari saya datang sini semata-mata nak dengar promosi Jepun ni." Dia buat saya ternganga. Larat sungguh Kak Sri memandu hari-hari dari Cheras ke Gombak.