Terjemahan

Ahad, 28 Februari 2016

APA ALAT PENTING UNTUK MEMBENTUK HIASAN?

Hujung-hujung minggu ini bolehlah kita belajar sikit tentang trik hendak mencantikkan hidangan makanan anda. Kali ini anda akan didedahkan kepada alatan untuk membantu penghasilan hiasan. Cef profesional pun menggunakannya, bukan cukup menyusun makanan mengikut kreativiti semata.  Jika anda ada alatan ini saya yakin persembahan makanan anda akan lebih bergaya.*APA ALAT PENTING UNTUK MEMBENTUK HIASAN?




Tembikai kuning dibulat-bulat dengan mudah menggunakan Mellon Baller ini.
1. Mellon Baller atau Pembulat Buah

Guna alat ini ialah sebagai skop untuk membentuk isi buah seperti tembikai, epal, buah naga menjadi bentuk bulat yang serupa. Mana satu yang patut anda beli? Sebaiknya anda beli yang kecil lubangnya supaya buah itu tidak terlekat bila di skop.



Menarik...buah-buahan yang telah dibulat menggunakan Mellon Baller.




2. Julienne Peeler atau Peracik


Gunanya ialah untuk anda meracik sayur seperti timun, lobak, cili menjadi nipis dan panjang-panjang bersaiz lebih kurang 3mm x 3mm x 6mm. Bayangkan bagaimana senangnya untuk melakukannya berbanding menggunakan pisau biasa.




Julienne Peeler memang berguna untuk mengupas dan meracik buah atau sayur menjadi bentuk panjang dan nipis.












3.Cookie Cutter atau Pemotong Biskut 
Alat ini terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk. Jadi mudah untuk anda membentuk biskut; tidak kiralah biskut keping atau biskut raya.


4. Ring Mold atau Acuan Gegelang

Alat ini diperbuat daripada ayan berbentuk bulat atau segi empat tepat dengan ketinggian dan saiz berbeza. Jadi senang untuk membentuk sesuatu jumlah makanan yang hendak dihidang.

Gegelang aluminium boleh membentuk dan mengawal makanan yang akan diletakkan dalam pinggan hidangan.


5. Pastry Bag atau Beg Piping
Ini memang wajib ada jika anda hendak menghias kek dan pastri atau menulis teks di atasnya. Bagi yang mula-mula berjinak untuk menghias anda boleh membeli kertas-kertas hiasan yang tersedia.

Di mana nak dapatkan alatan di atas? Carilah di kedai-kedai bakeri yang besar seperti HOI, BAGUS dan seumpamanya.

Ikuti entri seterusnya bagi mengetahui peranan bekas makanan dalam menghias makanan anda.


Selamat bermain dengan hiasan!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan