Contoh payu dara palsu yang selama ini tidak ramai tahu rupanya. |
Saya sendiri kabur mengenainya sehinggalah bila seseorang meminta tolong mencarikan payu dara palsu untuknya. Memang saya ada mendengar tentang itu tetapi tidak pula pernah melihatnya dengan mata kepala sendiri. Paling menggusarkan, mana nak dapat? Dalam pada kepala ligat berputar saya tergerak untuk mengajukan pertanyaan kepada farmasi Guardian. Menerusi FB Guardian saya bertanyakan kemungkinan pihaknya ada menjual produk tersebut. Hanya selepas beberapa jam admin Guardian memberi mesej jawapan. Sambil mengesahkan pihaknya tidak ada menjual produk sedemikian, si admin siap memberikan website,nombor telefon dan e-mel syarikat yang khas menjualnya.
Itulah buat pertama kali saya mendengar nama AMANITA, iaitu butik yang khusus menjual payu dara artifisial dan pakaian dalam bagi wanita penghidap kanser. Sabtu lalu saya bergegas ke butik itu, yang terletak di Ampwalk, Jalan Ampang. Rasa tak percaya kerana tempat tersebut kelihatan menarik seperti butik pakaian dalam wanita yang lain. Pelbagai pakaian dalam tergantung cantik. Bezanya ialah ia disediakan dengan poket untuk menempatkan payu dara palsu itu dengan selesa ke dalamnya. Turut dipamerkan di atas rak ialah pelbagai prosthesis payu dara atau payu dara palsu silikon mahupun yang biasa.
Cantik-cantik pakaian dalam yang dijual di sini. |
Sebagaimana kata Jingle Wong, iaitu Senior Fitting Consultant yang mesra memberi penerangan kepada saya, orang tidak akan dapat mengesan siapa yang memakai payu dara palsu kerana bentuk badan si pemakai kelihatan sama seperti wanita biasa. Paling mengagumkan si pemakainya boleh pergi berenang dengan selesa kerana ada pakaian renang khusus untuk mereka disediakan. Tatkala jari jemari menyentuh payu dara itu perasaan selesa terbit. Ia sangat lembut seperti jeli, sejuk dan mulus. Tidak keterlaluan jika dikatakan payu dara silikon itu mirip-mirip seperti payu dara asli!
Hampir sejam di situ banyak maklumat penting yang disajikan Jingle. Dan perasaan saya berbunga-bunga rasanya untuk berkongsi maklumat ini dengan yang memerlukan. Ternyata ada harapan baru untuk wanita sebegini terus mengekalkan susuk tubuh mereka. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa yang saya ceritakan ini bolehlah melayari laman web: www.amanita.com.my
Nota: Satu lagi pilihan butik ialah butik Avon. Produk kecantikan ternama yang menjadikan Kempen Payu Dara sebagai tonggak aktiviti CSR atau tanggungjawab sosialnya memang mempunyai prothesis bra dalam rangkaian produknya.KLIK LAMAN AVON DI SINI
Boleh bg no Tel butik yg jual payudara artificial tu.sbb Kakak saya baru jer buat pembedahan buang payu Dara sebelah kiri
BalasPadamBoleh bagi no fon butik tersebut... atau pun boleh tak wasap saya 0125857114
BalasPadamNak Tanya Ada gambr tak
BalasPadam