16 Julai 2012
BAGAIMANA TARIK PERHATIAN KELUARGA PADA MAKANAN YANG ANDA HIDANG?
Bila kita ke restoran kita selalu dihidangkan dengan makanan yang cantik berhias. Belum makan lagi dah rasa sedapnya. Betullah kata orang, kita makan dengan mata, kemudian baru lidah! *Seni hias makanan
Teringin juga nak buat benda yang sama di rumah. Biar anak-anak dan suami memuji dan lebih berselera menikmati 'air tangan' kita. Tetapi kita bukan cef atau food stylist yang memang pakar dalam kerja-kerja food styling.
Jangan fikir anda tidak ada skil ke arah itu sehingga hajat besar tersebut terbengkalai. Saya yang pernah bekerja selama 10 tahun dengan majalah masakan terkenal RASA, ini pun belajar tips-tips menghias makanan daripada proses kerja yang dibuat hari-hari, pendek kata bermula daripada kosong. Apa yang saya buat seperti menghias makanan dan kemudian dirakam gambarnya, melihat cef-cef profesional melakukannya; itulah ilmu yang akhirnya dapat dikuasai.
Sedikit sebanyak pengetahuan yang ada itulah yang saya mahu kongsikan di blog ini untuk anda mencubanya. Jadi selamat menghias. Ikuti sambungan panduan menghias makanan ini dalam entri yang seterusnya.
BERSAMBUNG....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan