Terjemahan

Jumaat, 4 Mac 2016

SENI HIAS MAKANAN

16 Julai 2012
BAGAIMANA TARIK PERHATIAN KELUARGA PADA MAKANAN YANG ANDA HIDANG?

Bila kita ke restoran kita selalu dihidangkan dengan makanan yang cantik berhias. Belum makan lagi dah rasa sedapnya. Betullah kata orang, kita makan dengan mata, kemudian baru lidah! *Seni hias makanan

Teringin juga nak buat benda yang sama di rumah. Biar anak-anak dan suami memuji dan lebih berselera menikmati 'air tangan' kita. Tetapi kita bukan cef atau food stylist yang memang pakar dalam kerja-kerja food styling.

Jangan fikir anda tidak ada skil ke arah itu sehingga hajat besar tersebut terbengkalai. Saya  yang pernah  bekerja selama 10 tahun dengan majalah masakan terkenal RASA, ini pun belajar tips-tips menghias makanan daripada proses kerja yang dibuat hari-hari, pendek kata bermula daripada kosong. Apa yang saya buat seperti menghias makanan dan kemudian dirakam gambarnya, melihat cef-cef profesional melakukannya; itulah ilmu yang akhirnya dapat dikuasai.

Sedikit sebanyak pengetahuan yang ada itulah yang saya mahu kongsikan di blog ini untuk anda mencubanya. Jadi selamat menghias. Ikuti sambungan panduan menghias makanan ini dalam entri yang seterusnya.

BERSAMBUNG....

Khamis, 3 Mac 2016

DAFTAR KELAS ONLINE MENULIS

Assalamualaikum. Untuk bakal pelajar Kelas Online Menulis.


Saya menerima banyak pertanyaan daripada pengunjung blog ini yang meminta saya untuk mengajar mereka ilmu menulis. Majoritinya ialah daripada kalangan orang awam yang baru mahu berjinak-jinak mengasah bakat menulis. Senang kata, tidak ada asas. Bila ditanya sebab yang mendorong mereka untuk belajar menulis inilah jawapan yang diberi kepada saya. JOM DAFTAR KELAS ONLINE MENULIS


11 Sebab Saya Nak Belajar Menulis


  • Banyak idea dalam kepala ni nak dikongsikan tetapi tak pandai menulis.
      • Saya nak  tahu tentang marketing words untuk blog bisnes saya.
      • Majoriti guru online marketing ajar tentang teknikal bagaimana tulisan kita boleh muncul di enjin carian (SEO), masalahnya membangun satu ayat pun saya tak pandai bagaimana nak merancang SEO?

Ahad, 28 Februari 2016

APA ALAT PENTING UNTUK MEMBENTUK HIASAN?

Hujung-hujung minggu ini bolehlah kita belajar sikit tentang trik hendak mencantikkan hidangan makanan anda. Kali ini anda akan didedahkan kepada alatan untuk membantu penghasilan hiasan. Cef profesional pun menggunakannya, bukan cukup menyusun makanan mengikut kreativiti semata.  Jika anda ada alatan ini saya yakin persembahan makanan anda akan lebih bergaya.*APA ALAT PENTING UNTUK MEMBENTUK HIASAN?




Tembikai kuning dibulat-bulat dengan mudah menggunakan Mellon Baller ini.
1. Mellon Baller atau Pembulat Buah

Guna alat ini ialah sebagai skop untuk membentuk isi buah seperti tembikai, epal, buah naga menjadi bentuk bulat yang serupa. Mana satu yang patut anda beli? Sebaiknya anda beli yang kecil lubangnya supaya buah itu tidak terlekat bila di skop.

Sabtu, 27 Februari 2016

BAGAIMANA RUPA PAYUDARA PALSU PESAKIT KANSER?

Cerita tentang kanser payu dara bukanlah asing kepada kita. Bahkan hari-hari kita didatangi khabar tentang seseorang disahkan menghidap sakit kronik nombor satu di kalangan wanita ini. Namun bagi kita selagi kita atau orang terhampir dengan kita tidak mengalaminya kita tidak akan mampu membayangkan dengan jelas apa kehidupan yang dilalui oleh pesakit-pesakit ini.*BAGAIMANA RUPA PAYUDARA PALSU PESAKIT KANSER?


Contoh payu dara palsu yang selama ini tidak ramai tahu rupanya.

Salah satunya ialah mengenai payu dara mereka yang telah menjalani operasi pembuangan yang disebut 'mastectomy'. Ia suatu mimpi ngeri kerana kehilangannya membawa sama kewanitaan asli yang amat berharga itu. KLIK 

RAHSIA AMAL REBUSAN EPAL & SERAI KAK SRI CERGAS DI USIA 65


Secara kebetulan semalam saya berkenalan dengan Kak Sri (Sri Hanim), di restoran bersebelahan Kedai Promosi Jepun, yang hangat di kawasan perumahan saya sekarang. RAHSIA AMAL REBUSAN EPAL & SERAI KAK SRI CERGAS DI USIA 65. 
Mulanya sekadar menyapa akhirnya saya berpindah duduk semeja dengannya. Sambil menanti makanan tiba kami berborak-borak kosong. Rupa-rupanya dia bukan orang setaman. "Saya dari Cheras, hari-hari saya datang sini semata-mata nak dengar promosi Jepun ni." Dia buat saya ternganga. Larat sungguh Kak Sri memandu hari-hari dari Cheras ke Gombak.