Pose... di Kitchen Studio Rohani Jelani, Palambayan. |
"Tentulah yang berbudi bahasa dan pandai memasak." Itu dialog mak mentua dulu-dulu.
Sekarang memasak bukan lagi bertujuan untuk memenangi impian mentua.
Kini orang perempuan memasak kerana nak jual hasil masakannya. Belajar buat cupcake, roti, kek, biskut. Penuh kelas-kelas belajar memasak.
Akhir sesi belajar guru masakan ditanya, "Kalau saya nak jual kek ni, berapa harga nak letak?"
Lazim memang lazim soalan itu.
Percaya atau tidak, kadang kala dalam belajar memasak tu ada yang mencelah, "Dah berbulan saya tak masak untuk suami. Sibuklah banyak tempahan kek nak disiapkan."
Demikianlah al kisahnya. Wanita sekarang bukan lagi memasak untuk suami. Semua nak jadi business woman lah katakan.... Anda dalam kategori yang mana?