Terjemahan

Seni Hias Makanan

6  ELEMEN MENCANTIKKAN TATA HIAS MAKANAN

Anda sedang bersemangat untuk mula belajar-belajar menata hias makanan. Tunggu dulu, jangan terus 'menerjah' pinggan kerana anda perlu meneliti  enam elemen yang akan menentukan berjaya atau tidak hasil penataan makanan itu nanti.

1. Prop & bekas
Anda kena pastikan bahawa

Titik tumpuan mata pada makanan ini ialah daging dan ia diletakkan di bahagian paling atas.
paten dan bentuk prop serta bekas yang akan digunakan tidak bercampur aduk dengan warna makanan. Saiz kedua-duanya juga perlu seimbang dengan porsi makanan; iaitu sama ada saiz kecil, sederhana atau besar untuk mengelakkan makanan kelihatan terlebih atau terkurang daripada sepatutnya. Paling selamat gunakan  bekas berwarna putih untuk menonjolkan kreativiti rupa keseluruhan persembahan. Manakala prop akan ditentukan selepas karekter bekas dikenal pasti. 
2. Titik tumpuan mata
Bak sekumpulan gadis yang sedang berjalan beriringan mata sang pemuda tentunya akan tertumpu kepada seorang sahaja, iaitu yang paling memukau gaya dan wajahnya. Begitulah ibaratnya titik tumpuan mata untuk makanan. Kemungkinan ia  elemen paling tinggi dalam komposisi keseluruhan hiasan dan akan diletakkan paling ke hujung untuk mengelakkan ia melindungi item-item yang lebih rendah. Mungkin titik itu juga ditentukan oleh kuantiti makanan yang paling banyak. Biasanya untuk makanan utama seperti ikan, ayam dan daging, item inilah yang menjadi utama pada pandangan mata. Apa-apapun tip penting dalam aspek ini, ialah titik  hiasan tidak boleh terpisah-pisah daripada tingkat-tingkat hiasan.

3. Warna
Elemen warna memang penting dalam hiasan makanan dan perlu diadun dengan seimbang. Hijau melahirkan rasa tenang dan dingin, merah membangkitkan rupa makanan manakala hitam akan menampilkan elegan. Tetapi biru akan menjadikan makanan kelihatan tidak berselera; jadi elakkannya. Untuk hiasan sayuran dan buah-buahan sangat berguna kerana bentuk serta kontras warna yang boleh dihasilkannya. Tetapi jangan sampai ia menguasai item-item yang lain.

4. Tekstur
Dengan mengkontraskan tekstur pejal dengan lembut dan lembut dengan rangup akan menambah menarik makanan itu kelihatan.

5. Dekor
Bahan dekor makanan mestilah yang boleh dimakan dan ia juga mempunyai rasa yang akan mempengaruhi bila makanan itu dinikmati. Ia seperti herba, rempah ratus, parsli, salad, tomato ceri, hirisan lemon; ternyata amat penting dalam anda menghias.

6. Hiasan berukir
Untuk hidangan yang tampak lebih istimewa anda bolehlah memasukkan item yang diukir seperti buah-buahan atau sayur-sayuran. Tidak mustahil ia boleh dijadikan bekas bagi menggantikan pinggan dan sebagainya; contohnya: nenas berukir sebagai bekas nasi.

Bersambung dientri seterusnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan