Terjemahan

Glosari Masakan

LAGI FAHAM ISTILAH MASAKAN LEBIH MUDAH MEMAHAMI RESIPI, PERALATAN, TEKNIK MEMASAK DAN MENGHIDANG

Bila kita membaca resipi daripada buku-buku dan majalah masakan, banyak istilah yang janggal ditemui. Ia sama ada berkaitan dengan teknik memasak atau ramuan masakan. Dengan pengalaman saya selama 10 tahun dalam mengendalikan majalah masakan ternama, banyak istilah-istilah itu kian saya fahami. Kini saya akan membantu anda memahami glosari  yang sering digunakan dalam penulisan resipi asing. 

1. AL DENTE: Istilah Perancis yang bermaksud makanan yang dimasak empuk.

2. A LA CARTE: Makanan di dalam menu restoran yang dipesan satu-satu bukan dalam set.

3. DOUBLE BOILER: Ia satu proses mencairkan coklat biasanya dengan air panas diletakkan di bahagian bawah manakala coklat dicairkan di dalam satu lagi bekas yang ditenggekkan ke atas bekas air panas tadi sambil coklat dikacau sehingga cair.

4. STIR FRY: Ia adalah teknik menggoreng yang menggunakan minyak yang sangat sedikit, dimasak pantas menggunakan api yang marak. Ia bertujuan untuk mengekalkan tekstur dan rasa asal daging atau sayur yang dimasak.

5. DEEP FRY: Ia adalah istilah yang merujuk makanan yang digoreng di dalam minyak yang banyak dan terendam. Ia untuk mendapatkan kegaringan dan kerangupan makanan itu.


Teknik 'Deep Fry' perlu digunakan untuk memasak  Sotong  Goreng Tepung seperti dalam gambar ini.















#BAGI MENJADIKAN ANDA LEBIH SERONOK MEMBACA BLOG INI SILA KLIK PAGES MUKA DEPAN, CERITERA HIDUP, KUIZ, SKIL KEHIDUPAN DAN MENULIS DARI HATI YANG KAMI SEDIAKAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan